
Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz
PENGIKTIRAFAN
Kementerian Sumber Manusia
KOLEJ / UNIVERSITI
Kolej Profesional Kemahiran Kiblah
BANTUAN KEWANGAN
Disediakan oleh PTPK (B)
PENGENALAN PROGRAM
Program Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz di Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK) merupakan program TVET berasaskan tahfiz yang menggabungkan kemahiran pengajaran Al-Quran dengan pembangunan sahsiah dan ilmu agama. Program ini direka untuk melahirkan tenaga pengajar tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam hafazan Al-Quran, tetapi juga kompeten dalam teknik penyampaian ilmu secara sistematik dan berkesan.
Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada kemahiran pengajaran hafazan Al-Quran (talaqqi dan musyafahah), penguasaan ilmu tajwid, serta teknik membimbing pelajar dalam proses hafazan. Selain itu, program ini turut merangkumi pengajaran asas Fardhu Ain seperti tauhid, fiqh, akhlak dan adab, bagi memastikan pelajar mampu mendidik secara holistik dari aspek akademik dan kerohanian.
Program ini juga menekankan pembentukan disiplin ibadah dan sahsiah diri melalui amalan harian seperti solat berjemaah, zikir, doa, serta aktiviti pembangunan rohani dan fizikal. Pendekatan ini selari dengan matlamat kolej untuk melahirkan graduan yang seimbang dari segi kemahiran, ilmu dan akhlak, serta mampu menjadi pendidik yang profesional dan berintegriti dalam bidang tahfiz.
DETAIL PROGRAM
- KOLEJ / UNIVERSITI: Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK)
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 12 Bulan
- PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan
- JAMINAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
SYARAT PERMOHONAN
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Mesti menghafal sekurang-kurangnya 5 Juz Al-Quran
SUBJEK / MODUL
- Pengajaran Tahfiz & Hafazan Al-Quran
- Ilmu Tajwid & Tarannum
- Pedagogi Pengajaran Tahfiz
- Pengajian Fardhu Ain
- Pengurusan Kelas & Institusi Tahfiz
- Pembangunan Sahsiah & Modal Insan
- Bahasa & Komunikasi
- Kemahiran Sokongan & ICT
- Latihan Industri / Praktikum
- Amalan Ibadah & Disiplin Harian
* Modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.
PELUANG KERJAYA
- Guru Tahfiz / Guru Al-Quran
- Pensyarah Tahfiz / Tenaga Pengajar
- Imam / Bilal Masjid
- Penceramah / Motivator Islam
- Pegawai Hal Ehwal Islam
- Penyelia / Pentadbir Institusi Tahfiz
Anda turut berpeluang untuk berkerja di sektor seperti:
- Sekolah tahfiz & madrasah
- Sekolah agama kerajaan & swasta
- Masjid & surau
- Jabatan agama (JAKIM, JAIS, dll.)
- Institusi pendidikan Islam
- NGO & pusat dakwah
CONTOH SIJIL
BANTUAN KEWANGAN
- Yuran Pengajian – 100% bantuan kewangan ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
- Wang Sara Diri – ditawarkan sehingga RM600 setiap bulan.
- Promosi Rebate – Program ini layak untuk memohon Promosi Rebate dari Upskilled Education sehingga RM2000!
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti
