
Diploma Kemahiran Kejuruteraan Automotif
PENGIKTIRAFAN
Kementerian Sumber Manusia
KOLEJ / UNIVERSITI
Kolej Profesional Kemahiran Kiblah
BANTUAN KEWANGAN
Disediakan oleh PTPK (B)
PENGENALAN PROGRAM
Program Diploma Kemahiran Kejuruteraan Automotif di Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK) direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif yang mampu memenuhi keperluan industri moden. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan, diagnostik, dan pembaikan kenderaan, selaras dengan piawaian industri automotif semasa.
Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran berasaskan teori dan praktikal yang merangkumi sistem enjin, sistem brek, sistem elektronik kenderaan, serta teknik mengenal pasti dan menyelesaikan masalah (troubleshooting). Latihan praktikal yang intensif membantu pelajar menguasai kemahiran sebenar seperti pembongkaran, pemeriksaan dan pemasangan semula komponen kenderaan.
Selain itu, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti disiplin kerja, komunikasi, dan keselamatan bengkel. Graduan juga digalakkan untuk membina sikap profesional serta keupayaan keusahawanan bagi menghadapi cabaran industri automotif yang sentiasa berkembang.
DETAIL PROGRAM
- KOLEJ / UNIVERSITI: Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK)
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 12 Bulan
- PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan
- JAMINAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
SYARAT PERMOHONAN
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
SUBJEK / MODUL
- Vehicle Engine System
- Vehicle Transmission System
- Brake System & Safety
- Vehicle Electrical & Electronic System
- Cooling & Air Conditioning System
- Steering, Suspension & Wheel System
- Workshop Practice & Safety
- Automotive Diagnostic & Troubleshooting
- Automotive Management & Soft Skills
- Latihan Industri (On-Job Training)
* Modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.
PELUANG KERJAYA
- Automotive Technician / Mechanic
- Diagnostic Technician
- Service Advisor
- Automotive Supervisor / Foreman
- Automotive Engineer Assistant
- Quality Control Inspector
- Spare Parts Executive
Anda turut berpeluang untuk berkerja di sektor seperti:
- Bengkel & pusat servis kenderaan
- Syarikat automotif (Proton, Perodua, dll.)
- Syarikat pengeluaran (manufacturing)
- Syarikat alat ganti (automotive parts)
- Syarikat fleet & logistik
- Industri kenderaan elektrik (EV)
CONTOH SIJIL
BANTUAN KEWANGAN
- Yuran Pengajian – 100% bantuan kewangan ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
- Wang Sara Diri – ditawarkan sehingga RM600 setiap bulan.
- Promosi Rebate – Program ini layak untuk memohon Promosi Rebate dari Upskilled Education sehingga RM2000!
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti
