
Diploma Kemahiran Elderly Care
PENGIKTIRAFAN
Kementerian Sumber Manusia
KOLEJ / UNIVERSITI
Meatech Creative Academy
BANTUAN KEWANGAN
Disediakan oleh PTPK (B)
PENGENALAN PROGRAM
Program Diploma Kemahiran Elderly Care di Kolej Meatech merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada penjagaan warga emas secara profesional dan beretika. Program ini direka untuk melatih pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran praktikal dalam aspek penjagaan kesihatan asas, pengurusan keperluan harian warga emas, serta sokongan emosi bagi memastikan kesejahteraan mereka terjaga dengan baik.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan mempelajari teknik penjagaan warga emas termasuk bantuan aktiviti harian, keselamatan dan kebersihan, komunikasi dengan pesakit, serta pengendalian situasi kecemasan. Program ini memberi penekanan kepada latihan praktikal (hands-on) supaya graduan mampu memberikan penjagaan yang berkualiti sama ada di pusat penjagaan warga emas, hospital, atau persekitaran rumah.
Program ini juga diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia melalui sistem kemahiran TVET dan memberi peluang kepada pelajar untuk membina kerjaya sebagai penjaga profesional dalam industri penjagaan kesihatan yang semakin berkembang. Permintaan terhadap tenaga kerja dalam bidang penjagaan warga emas dijangka terus meningkat selari dengan pertambahan populasi warga emas di Malaysia.
DETAIL PROGRAM
- KOLEJ / UNIVERSITI: Meatech Creative Academy, Kajang
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 12 bulan
- PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan
- JAMINAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
SYARAT PERMOHONAN
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
SUBJEK / MODUL
- Pengenalan Penjagaan Warga Emas
- Asas Kesihatan dan Penjagaan Diri
- Bantuan Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)
- Keselamatan dan Pencegahan Risiko
- Komunikasi dan Sokongan Emosi
- Asas Pertolongan Cemas
- Penjagaan Pesakit Kronik
- Pengurusan Pusat Penjagaan Warga Emas
- Etika dan Profesionalisme dalam Penjagaan
- Projek Penjagaan Warga Emas
* Modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.
PELUANG KERJAYA
- Penjaga Warga Emas Profesional (Caregiver)
- Pembantu Jururawat (Nursing Assistant)
- Pembantu Penjagaan Kesihatan (Healthcare Assistant)
- Pekerja Pusat Penjagaan Warga Emas
- Penyelia Penjagaan (Care Supervisor)
- Pengendali / Pengusaha Pusat Jagaan Warga Emas
Graduan turut berpeluang untuk berkerja dalam sektor:
- Hospital kerajaan atau swasta
- Pusat penjagaan warga emas
- Rumah kebajikan
- Pusat rehabilitasi
- Perkhidmatan penjagaan di rumah (home care services)
CONTOH SIJIL
BANTUAN KEWANGAN
- Yuran Pengajian – 100% bantuan kewangan ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
- Wang Sara Diri – ditawarkan sehingga RM450 setiap bulan.
- Promosi Rebate – Program ini layak untuk memohon Promosi Rebate dari Upskilled Education sehingga RM2000!
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti
