
Diploma Kemahiran Electrical Technology
PENGIKTIRAFAN
Kementerian Sumber Manusia
KOLEJ / UNIVERSITI
Meatech Creative Academy
BANTUAN KEWANGAN
Disediakan oleh PTPK (A)
PENGENALAN PROGRAM
Program Diploma Kemahiran Electrical Technology di Kolej Meatech merupakan program latihan kemahiran yang direka khas untuk melahirkan tenaga mahir dan profesional dalam bidang teknologi elektrik. Program ini memberi fokus kepada pembangunan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang berkaitan dengan sistem elektrik, pemasangan pendawaian, penyelenggaraan peralatan elektrik, serta teknologi automasi yang digunakan dalam industri moden.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan kepada latihan hands-on yang komprehensif bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri semasa. Program ini juga menekankan aspek keselamatan elektrik, penggunaan peralatan industri, serta pemahaman sistem kuasa elektrik bagi membolehkan graduan bekerja dengan cekap dan selamat dalam pelbagai persekitaran kerja.
Selain itu, program ini diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan memberi peluang kepada pelajar untuk membina kerjaya sebagai juruteknik elektrik, penyelia penyelenggaraan, atau tenaga mahir dalam sektor tenaga, pembinaan, dan industri kejuruteraan. Graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi meningkatkan prospek kerjaya dan perkembangan profesional mereka.
DETAIL PROGRAM
- KOLEJ / UNIVERSITI: Meatech Creative Academy, Kajang
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 15 bulan
- PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan
- JAMINAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
SYARAT PERMOHONAN
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
SUBJEK / MODUL
- Asas Elektrik & Elektronik
- Keselamatan Elektrik
- Lukisan Teknikal Elektrik
- Pengenalan Alat Pengukuran Elektrik
- Pendawaian Elektrik Asas
- Matematik Teknikal Asas
- Pendawaian Elektrik Domestik
- Litar Elektrik & Analisis
- Pengujian dan Penyelesaian Masalah Elektrik
- Pemasangan Panel Elektrik
- Elektronik Asas
- Kemahiran Amali Bengkel Elektrik
- Mesin Elektrik (Motor & Generator)
- Kawalan Motor Elektrik
- Sistem Pengagihan Kuasa
- Penyelenggaraan Sistem Elektrik
- Kawalan Elektrik Industri
- Projek Kemahiran Elektrik 1
- Programmable Logic Controller (PLC)
- Automasi Industri
- Penyelenggaraan Sistem Automasi
- Troubleshooting Sistem Elektrik Industri
- Projek Kemahiran Elektrik 2
- Latihan Industri / On-Job Training
* Modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.
PELUANG KERJAYA
- Juruteknik Elektrik
- Wireman / Pendawai Elektrik
- Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technician)
- Juruteknik Kawalan & Automasi
- Juruteknik Kilang / Industri
- Juruteknik Sistem Kuasa
- Penyelia Elektrik (Electrical Supervisor)
- Kontraktor Elektrik
Graduan turut berpeluang untuk berkerja dalam bidang:
- Pembinaan
- Pembuatan / Kilang
- Oil & Gas
- Utiliti Tenaga
- Penyenggaraan Bangunan
- Automasi Industri
CONTOH SIJIL
BANTUAN KEWANGAN
- Yuran Pengajian – 100% bantuan kewangan ditawarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
- Wang Sara Diri – ditawarkan sehingga RM800 setiap bulan.
- Promosi Rebate – Program ini layak untuk memohon Promosi Rebate dari Upskilled Education sehingga RM2000!
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti
